Thursday, August 20, 2009

batuk lagi...

salam semua.. kali ini nk crite skit psl ak. lame dh xpost entri ni. hari ni, 20 ogos, dah lebih 2 mggu dah ak batuk. seksa rasanya. bila tyme nk tdo tu, haaa, tyme tu la batuk yg paling kuat. sebab keadaan baring kot batuk kuat. kot la. ak ni bukan amek course medik. huhu.. dlm 3 hari lg, ramadhan nk dtg buat kali ke 22 dalam hidup ak. Ak berdoa ak dpt lalu ramadhan ni hingga ke akhirnya. Bulan yang penuh dgn keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah S.W.T. Dalam bulan puasa ini jugak, agak mencabar skit buat kami, student fakulti mekanikal n letrik. kelas kami berada di kampus tetap UMP di pekan yg mengambil masa 1 jam perjalanan. dan keadaan di kampus tetap tu umpama padang pasir di negara arab.

Agak panas la. Tp ak tahu, itu semua cabaran dan dugaan yg diberikan oleh Nya. Dan ak harap kepada semua member fakulti mekanikal n letrik tuk teruskan semangat menimba ilmu walau dimana kita mempelajarinya. Waima di bawah pokok pun boleh amek degree. Setuju x???... Tak kira la dimana kita belajar, ape yg penting keihklasan kita utk menerimanya. Ok la, stakat ni la entri ak kali ni. semoga berjumpa lagi. dan selamat menghayati Bulan Ramadhan al-mubarak..

Saturday, July 25, 2009

[ Otak Tak Dapat Menerima Darah Yang Cukup Kalau Tak Solat ]

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Sunday, July 19, 2009

Keychain..

haha.. 3 hari lepas ak dpt keychain baru. saje je nk bgtau.. ade org bagi. xyah kot bgtau nama. huhu. Sori la, gmbr xbrapa jelas. Yang tertulis kat keychain tu ialah Perlis. 'dia' beli keychain ni kat padang besar kot.

haha. bleh betambah lg koleksi keychain ak.

Friday, July 17, 2009

Afif Naufal Bin Mohamad Zaid - 090609

salam semua.. terasa nk wat entri baru lak. emm, nk citer pasal ape eh.. haa.. nk citer pasal anak buah ak. anak buah ak yg kedua ni baru dilahirkan pada 9 jun yg lalu. nama nya, Afif Naufal Bin Mohamad Zaid. Ketika dilahirkan, afif seberat 4.2 kg. agak berat r. Ada kisah yg agak sedih disebaliknya. Afif dilahirkan secara biasa iaitu tanpa operation. Ketika afif tengah keluar ke dunia baru, seluruh badannya kecuali kepalanya tersangkut.

Jd, hasil perbincangan doktor, tangan afif tepakse dipatahkan untuk memudahkan afif keluar ke dunia baru. Doktor mengatakan yg tangan afif tu tepakse dipatahkan sebab klo x, nyawanya berada dlm bahaya. begitu la kisah nya. Sekarang, alhamdulillah, afif sihat tetapi tangan sebelah kanannya kaku. Mula2 ak tgk afif, mcm nk keluar airmata ak mengenangkan nasibnya bila dia dewasa nnt. Tp ak tetap berdoa dan berdoa agar tangan afif akan pulih semula nnt. Aminn...


Afif ketika berusia seminggu.

Thursday, July 9, 2009

semester baru 09/10

assalamualaikum.. hai kwn2.. lame bena xmenaip di blog sendiri. sampai dh bersawang2. haha. neway, skrg ak dudok d KK1 sebab suksis kene dok d c9. ok gak kat kk1 nih, minyak moto leh jimat.. k lah, dh ngntok, len kali ak post lg la ye.. bye..

Sunday, April 12, 2009

[Andai Dapat Ku Undurkan Masa]

hmm.. Andai dapat Ku Undurkan Masa.. ni la tajuk lagu yang dipopularkan oleh Axl's..
Dalam keseronokan menyanyikan lagu tersebut, ak tiba2 teringat pada arwah bapa.. ( biasanya adik beradik kitorg panggil 'pak' je tuk gelaran ayah ).. bapa ku telah menghadap Ilahi pada tanggal 13 disember 2004. yakni, seminggu selepas peperiksaan SPM ak. anak sapa yg xsedih di atas kehilangan org tersayang.

Pernah sekali sewaktu ak d asrama (form 5), warden pada masa itu, cikgu Rosman, memanggilku d asrama. Pada mulanya ak tidak syak apa, sampailah cikgu Rosman ni bwk nek Hilux beliau. Ak terpikir2, mane la cikgu ak nk bwk nih. dlm perjalanan, suara cikgu ak tu kedengaran. Beliau menyatakan yg bapa ak tgh koma d hospital d sebabkan oleh kekurangan darah.


Sedih bkn kepalang dlm diriku. Ak dgn tabahnya menahan dari mengeluarkan air mata. Lelaki, mmg mcm tu. Then, sampaila kami berdua d hospital umum sarawak. Jam waktu tu dlm kol 2 @ 3 pagi gitu la. Mmg sedih bila melihat keadaan bapa ku pd waktu itu. Tiub2 ape ntah d cucuk ke sluruh badan bapa ku. Dan melihat juga keadaan bapa ak yg seperti 'ikan d darat'. SEDIHH... then, beberapa minit lepas tu, bapa ku kembali stabil dan terus berpindah dr wad biasa ke wad ICU...

Agak lama la juga bapa ku menginap d wad ICU tu.. 2 bulan setengah mak ak menemani bapa ku d hospital. Ak bkn xnk jaga, tp ak dok d asrama. nak spm plak tu. Moga2 mak aku d anugerahkn isteri solehah d akhirat nnt. aminn..


Apa yg ak xkan lupa buat selamanya adalah kami sekeluarga berbuka puasa d sebelah katil wad bapa ku. dok bersila atas lantai tu.. time tu puasa dah. Ak belilah mknn d bazar, then mkn bersama bapa ku. Org laen d sebelah katil bapa ku tersenyum2.. Aghh, ak peduli apa org len, janji bapa ku gumbira.

hari demi hari berlalu, ayah ku semakin tenat. kerap juga bapa ku xmenyedarkan diri oleh sebab kurg gula, kurg darah, kurg protein.. then, sampai la tarikh 13 dis 04, lepas subuh, bapa ku xsedarkan diri. ak sangkakan bapa ku kurg gula or kurg darah. Lepas tu, trus papah bapa ku nek krete dan trus memecut laju ke hospital emergency wad. dlm lebih kurg setengah jam bapa ku masuk wad emergency tu, kluar la seorg dokt0r yg mengatakan 'Kami dah cuba yg terbaik' ... (ni ayat skema dlm drama melayu) .. huhu.. then apalagi, keluar la segala air d mata ak. ku peluk erat mak n abag ak. Ak redha pada ketentuan Ilahi. Allah lebih sayang pada bapa ku..


Sejak daripada saat itu, ak merasakan kehilangan seseorg yg amat sgt. ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA, ak akan gunakan masa yg ada bersama bapa ku dulu dgn sebaiknya. Dan kepada kawan2 ak, hargai lah segala pengorbanan dan jasa ayah mak kita selagi mereka masih hidup. Luangkan lah masa bersama mereka dgn semaksimum mungkin. Mayb skrg xde la rasa sgt, tp bila saja kehilngan mereka, anda tahu la betapa seronoknya bila mereka ada d sisi kita...

Dan pada selepas zohor 13 dis 04, bapa ku selamat dikebumikan d Tanah Perkuburan Islam Semariang. Al-fatihah.



Sedikit info mengenai bapa ku.
- Lahir pd 10 Mei 1954 d Kpg Sambir, Kota Samarahan.
- meninggal pada usia 50 thn.
- Bekerja sebagai Pengawal keselamatan d Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sarawak.
- Berkahwin dgn mak aku pada 1 Jun 1981
- Beliau seorg yg tegas, cermat, agak teliti dalam membuat apa2 kerja, slalu ajak ak keluar, menjaga brg2 beliau dgn baek, xsuka anak2 beliau keluar mlm2..xsuka minum benda manis2.. slalu menyanyi/karaoke ptg2 ( biasanya lepas balek kerja ptg ), minat lagu2 lama, P.ramlee, dato' SM Salim dan yg sama waktu dgn nya..



arwah bapa - Al-Fatihah

arwah bapa bersama mak ( tyme raya kot )

arwah at0k. bapa kpd bapa ak. keturunan cina. mualaf.
xsempat jumpa sbb dh meninggal tahun 80-an.


Tuesday, April 7, 2009

sudahku tawan sg, pahang..

Tanggal 20,21 n 22 mac lepas, ak pergi j0in pr0gram suksis yang ak tggu2 selamanya ni. Program Berakit Sg. Pahang. Mula berakit dari kpg Belimbing ke kpg paloh hinai. Agak jauh jugak la bagi kit0rg yg first time naek rakit nih. Lain la klo naek b0t. Rakit ni, klo nk laju kene la kayuh kayuh n kayuh. penat beb.. pasni, nk try la berakit sg. rajang.. haha.. berani ker??




haa.. ni la peta nye. tgk dr peta cam dekat jer, tp real nya, jauhh..


rakit kitorg dh sampai

chay0k2..

weii, kitorg dah sampai la

kayak-kayak ump

spesel dinner, mlm sebelum berakit, kami disaji kan dengan kancil.. nyam2..


anak kancil je

gambar kenangan

bergambar dengan Timbalan Ketua Polis Pahang


member group ak

abg2 bomba, hehe..


hehe..

hamper.. kitorg dapat rakit tercantek n dpt n0 2 berakit jarak jauh..

Template by:
Free Blog Templates