Friday, March 27, 2009

Kenapa Kita Perlu Bersolat???...

"Kring…Kring!”

Hello, Milah. Kau free tak hari ni? Aku ingatkan nak ajak kau round KL la. Dah lama aku tak merayap ni.

La…kau rupanya. Kok ye pun berilah salam, Su. Pagi-pagi buta dah call aku ni sebab nak ajak merayap ke? Aku no hal. Set aje waktunya. Yang kau call aku ni, kau dah solat Subuh ke belum?

Kau ni kan, dari dulu sampai sekarang cam nenek aku. Suka membebel. Aku sebenarnya bosanlah solat. Asyik-asyik kena solat. Kau tak rasa penat ke solat?

Eh, kau tak solat lagi ke? Eh, pergi solat dulu! Nanti aku terangkan pada kau nape kena solat. Sekarang kau amik wuduk, lepas tu solat Subuh. Cepat, Su. Ada lagi waktu ni.


Kau punya pasal kawan, aku solatlah ni. Nasib baik kau yang suruh aku, kalau orang lain, maunya aku nak ikut. Nanti aku call kau balik ek. Bye…eh, silaplah. Assalamualaikum, ustazah. Hehe…

Erm, apa ek aku nak cakap dengan budak Suraya ni? Hanya aku je yang boleh suruh dia solat. Dulu bolehlah aku ajak dia sebab serumah. Tapi sekarang dah tak serumah walaupun rumah Suraya hanya sekangkang kera.

"Bagus buku ni. Biar aku baca jap," getus hati Jamilah.

“Kring…kring!”

Hello, Milah. Ops! Assalamualaikum. Hish, susahlah. Lidah aku asyik tersasul je sebut. Dosa ke sebut hello tu, Milah? Aku tak biasalah.

Waalaikumussalam. Eh, kau ni merepek jelah, Su. Mana ada dosa. Cuma aku nak doakan kau sihat. Hello tu takde makna. So, berbaloilah sebut walaupun panjang. Su, thanks ek solat Subuh. Nanti kau solat lagi ye. Kau nak aku explain sekarang ke pasal solat atau kau nak masa keluar nanti?


Kau nak tau tak, Milah. Aku sebenarnya tak sabar-sabar nak tau nape aku kena solat. Aku nak tau sekarang sebab dari dulu lagi aku rasa cam buang masa je solat ni. Kau bagitau yang basic punya je dulu. Nanti kita sambung masa nak keluar nanti. By the way, kita keluar pukul 9.00 pagi, ek.

First sekali, kau kena tau maksud solat tu apa. Solat ni doa dalam bahasa Arab.

Jadi kalau tak solat pun, takpelah, kan? Sebab kita boleh je doa nak gantikan solat tu. Betul tak, Milah?

Bukan maksud cam kau cakap tu, Su. Solat ni, lagi special sebab kau terus berhubung dengan Tuhan yang ada kat langit. Kau rasa ajaib tak solat ni, Su? Kau kat bumi, Tuhan pula kat langit. Tapi, kau boleh berhubung. Cam ada jambatan pula antara langit dengan bumi.

Ni, aku bagi example dekat kau. Kapal terbang dengan radar kawalan kat menara. Kapal terbang tu mestilah connect dengan radar. Sebab, macam mana radar ni nak kenal pasti lokasi tempat penerbangan kalau tak dapat nak kesan kapal terbang. Betul tak, Su?

Hmm…pandai kau cari example yang aku senang faham. Ala…bapa aku kan kerja pilot. Dia kata kalau tak kawal dashboard kapal terbang pun takpe. Cuma tengok kat radar tu. Kalau ada bunyi tut…tut…tut, oklah tu. Maksudnya, kapal terbang still dalam radar kawalan.


Kalau kapal terbang tu ada problem, kapal terbang tu tak nampak kat radar kawalan. Jadi kapal terbang tu landing ke tempat yang tak sepatutnya cam padang ataupun rumah orang. Ceh…Milah, aku cakap ni cam ada gaya pula.

Memang ada gayalah, Su. Bapa borek, anak rintiklah. Baguslah, Su. At least, kau bagi idea kat aku nak elaborate lagi kat kau. Kita ni kan, Su diibaratkan cam kapal terbang yang terbang tinggi kat udara tu. Kalau kita jaga solat kita dengan Tuhan, maksudnya kita masih dalam radar kawalan Tuhan. Tuhan susunkan perjalanan hidup kita dengan kawalannya dari langit.

Jadi kalau kita ni tak solat, kita ni dalam kawalan siapa ye, Su? Dalam kawalan hantu, dalam kawalan orang jahat atau kita sendiri yang kawal diri sendiri?

Betul ke, Milah? Aku tak pernah pun terpikir pasal hal-hal cam ni. Kiranya aku memang jarang solat. Jadi, masa aku solat, Tuhan jaga aku. Kalau aku tak solat, syaitan ke yang control aku, Milah? Betul ke? Kau jawablah. Aku dah takut ni.


Apa yang aku terangkan kat kau ni memang betul, Su. Bukannya aku saja-saja reka. Takpelah. Kau dah tau hal ni kan sekarang. Aku sentiasa kat sisi kau untuk bantu kau bila-bila masa. Kau jangan risau pasal hal ni, aku kan teman kau yang paling best. Huhu…masuk bakul, angkat sendiri la pulak.

Milah, aku rasa sampai sini je aku call kau. Kau pergilah bersiap. Aku nak bersendirian sekarang. Aku nak fikirkan kata-kata kau tu. Nanti aku misscall handphone kau bila aku sampai depan rumah kau. Assalamualaikum.

Kalau kau dah cakap cam tu, takpelah. Nanti kita sambung masa dalam kereta ye. Aku pun nak gosok baju aku dulu. Waalaikumussalam.

Thursday, March 12, 2009

site visit

[080309] - tarikh ini ak pegi site visit ke kpg lipat kajang, temerloh. tujuan nye ialah utk tgk keadaan kpg dan berbincang dgn wakil kpg tersebut bab nk buat program bakti siswa bulan 5 nnt. huhu.. xde pe sgt yg ak nk citer.. penat sgt mggu ni. dgn assgmnt nye, projek nye, mcm2 lah..
ni gmbr2 yg sempat ak amek kat kpg lipat kajang tu.



*ladang penternakan ikan milik orang kpg, xsiap ag*

*lombu pun ade*

*tugu peringatan pejuang melayu*

*klinik desa*

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.


Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.


Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.


Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.


Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.


*sumber http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/maulud.htm*

1st National Nursing Students SYMPOSIUM 2009


malam 070309, kami kelab kebudayaan & kesenian dijemput oleh UIAM kuantan tuk wat performance tyme dinner nursing diorg. pada mulanya, kitorg agak susah la nk pegi perform bab xsempat nk tempah lori ngn JPPH. so, pikir punye pikir, mlm sblm nye, dpt la satu idea di mana kitorg tetap buat performance tu tapi nek kete sendiri. haha.. naseb bek la ade kete chi hui n kete ainul. drumer set, keyboard, saxophone, 2 bijik gitar lectric, semua nya sumbat dalam kete hui n ainul.

*sebelum performance.. tarikh tu tipu je.. lupe nk setting tarikh dlm camera.. huhu*

*kiri skali ainul, arip, ak, pacak, tom n hui*

*depan bangunan Kuliyyah of Medicine*

ptg sabtu tu dlm kol 4 sampai la kat uiam. dtg2 je trus setup brg n wat raptai... lupe nk gtau, kitorg wat 'live instrument band'.. ak men bonggo.. nasyid nye percussion.. ainul men keyboard..arip n pacak men gitar.. hui lak men saxophone die.. n tom men drum..

*tgh perform*


malam kejadian tu, mknn dinner tu agak menusuk kalbu la. ade satay, ade cendol, abc, mee goreng.. ayam panggang, n lain2 yg sama waktu dgn nya.. first lagu kitorg perform, emm... ntah, ak pun lupe.. haha.. yg pasti kitorg men lagu matahariku, gemuruh, lagu aizat tu, ayat2 cinta n satu g, agghh lupe lagi.. soweyy, ak ni pelupe skit.


*iium kuantan community* (bakal2 nursing nih) :-)


then alhamdulillah, diorg agak puas hati gak la ngn performance kitorg.. kitorg pun, dpt la kantau sket.. hehe.. neway, thanks to community of 1st national nursing symposium bab jemput kitorg tuk wat performance.. :-)

Saturday, March 7, 2009

pagi nan indah

ari ni 070309, ak rasa mcm haPPy je. antara slh satu nyer, latihan tuk suksis ari ni sampai PT (physical training) pagi je. latihan lawad ari ni batal bab xramai yg dtg. bleh la nk rehat sket. mlm nnt nk perform 'live instrument band' kat UIA kuantan.

*gmbr tyme menembak M16 kat lapang sasar bukit rangin, kuantan*


*ni plak tyme hari merdeka 2oo8*

satu g ak nk ckp psl suksis ni, ak rse suksis ni sesuai la bg sape2 yg nk mendisiplinkn diri. yela, setiap pagi rabu pukul 6.45pg dh terpacak kat dataran bendera. kdg2 tu kat msjd msh ade g kuliah suboh. haha.. neway, suksis ni lah menjadikn ak lebih bermotivasi dan berinovasi. tetibe je.. huahua.. papai

Friday, March 6, 2009

keje yg xberkesudahan..

huhu.. mggu ni ak rase makin betambah keje2 ak. assgnment, projek, lab, PSM n xketinggalan gak, keje my club kebudayaan & kesenian. ahad ni nk kene g kpg lipat kajang, temerloh. nk site visit tuk wat progrm anak angkat kat sane bln 5 nnt.

ujung ni plak nk pegi Ziarah Seni ke UTeM. bleh g jln2 kat melaka.. waaa, best nye.. projek automotif, xbuat g. projek CAE, projek industrial engineering.. selama ak blaja kat ump ni, ak rse sem ni la bz sgt. 2 thn sblm ni, rilex je. game mmg jd menu utama hari2. but now, nk men game simple2 pun dh xsempat.

Ya Allah, kau permudahkan urusan ak di dunia ini.. Amin..

Monday, March 2, 2009

entapape..

ni blog aku yg kebrape aku pun xpasti. sblm ni pun ade la blog, tp tu la, bak kata org melayu, hangat2 tahi ayam. klo hangat2 pisang goreng, hmmm, sedap. ak tgk org len byk yg ade blog sendiri, tgk mcm best je bleh luah mcm2 kan. xkesah la ade org bace ke x.. neway, for my all fren, slalu2 kn la melawat my blog k.. tata

Template by:
Free Blog Templates