Monday, March 8, 2010

Kek Lapis Sarawak / Kek Coklat






Kek Coklat


saiz : 1 loyang. (7.5 x 7.5 x 2) inch.
sebarang pertanyaan/tempahan, call/msg 014-8443164 (chot)

Monday, September 7, 2009

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


( Petikan ini dipetik dari http://isuhagat1.blogspot.com/2009/09/puasa-si-miskin.html )

Thursday, August 20, 2009

batuk lagi...

salam semua.. kali ini nk crite skit psl ak. lame dh xpost entri ni. hari ni, 20 ogos, dah lebih 2 mggu dah ak batuk. seksa rasanya. bila tyme nk tdo tu, haaa, tyme tu la batuk yg paling kuat. sebab keadaan baring kot batuk kuat. kot la. ak ni bukan amek course medik. huhu.. dlm 3 hari lg, ramadhan nk dtg buat kali ke 22 dalam hidup ak. Ak berdoa ak dpt lalu ramadhan ni hingga ke akhirnya. Bulan yang penuh dgn keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah S.W.T. Dalam bulan puasa ini jugak, agak mencabar skit buat kami, student fakulti mekanikal n letrik. kelas kami berada di kampus tetap UMP di pekan yg mengambil masa 1 jam perjalanan. dan keadaan di kampus tetap tu umpama padang pasir di negara arab.

Agak panas la. Tp ak tahu, itu semua cabaran dan dugaan yg diberikan oleh Nya. Dan ak harap kepada semua member fakulti mekanikal n letrik tuk teruskan semangat menimba ilmu walau dimana kita mempelajarinya. Waima di bawah pokok pun boleh amek degree. Setuju x???... Tak kira la dimana kita belajar, ape yg penting keihklasan kita utk menerimanya. Ok la, stakat ni la entri ak kali ni. semoga berjumpa lagi. dan selamat menghayati Bulan Ramadhan al-mubarak..

Saturday, July 25, 2009

[ Otak Tak Dapat Menerima Darah Yang Cukup Kalau Tak Solat ]

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Sunday, July 19, 2009

Keychain..

haha.. 3 hari lepas ak dpt keychain baru. saje je nk bgtau.. ade org bagi. xyah kot bgtau nama. huhu. Sori la, gmbr xbrapa jelas. Yang tertulis kat keychain tu ialah Perlis. 'dia' beli keychain ni kat padang besar kot.

haha. bleh betambah lg koleksi keychain ak.

Friday, July 17, 2009

Afif Naufal Bin Mohamad Zaid - 090609

salam semua.. terasa nk wat entri baru lak. emm, nk citer pasal ape eh.. haa.. nk citer pasal anak buah ak. anak buah ak yg kedua ni baru dilahirkan pada 9 jun yg lalu. nama nya, Afif Naufal Bin Mohamad Zaid. Ketika dilahirkan, afif seberat 4.2 kg. agak berat r. Ada kisah yg agak sedih disebaliknya. Afif dilahirkan secara biasa iaitu tanpa operation. Ketika afif tengah keluar ke dunia baru, seluruh badannya kecuali kepalanya tersangkut.

Jd, hasil perbincangan doktor, tangan afif tepakse dipatahkan untuk memudahkan afif keluar ke dunia baru. Doktor mengatakan yg tangan afif tu tepakse dipatahkan sebab klo x, nyawanya berada dlm bahaya. begitu la kisah nya. Sekarang, alhamdulillah, afif sihat tetapi tangan sebelah kanannya kaku. Mula2 ak tgk afif, mcm nk keluar airmata ak mengenangkan nasibnya bila dia dewasa nnt. Tp ak tetap berdoa dan berdoa agar tangan afif akan pulih semula nnt. Aminn...


Afif ketika berusia seminggu.

Thursday, July 9, 2009

semester baru 09/10

assalamualaikum.. hai kwn2.. lame bena xmenaip di blog sendiri. sampai dh bersawang2. haha. neway, skrg ak dudok d KK1 sebab suksis kene dok d c9. ok gak kat kk1 nih, minyak moto leh jimat.. k lah, dh ngntok, len kali ak post lg la ye.. bye..

Template by:
Free Blog Templates